Kriteria Keanggotaan:

 
Anggota Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad (Sekawan Koop) terdiri daripada Penduduk Kampung Sri Gunung Pulai dan penduduk setempat sahaja. Anggota koperasi ini mestilah menetap di kampung ini atau mempunyai tanah di sini.
 
Anggota koperasi mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas. Sekawan Koop juga sangat menggalakkan golongan muda menyertai Sekawan Koop sebagai anggota.
 

Setakat 30 Jun 2024 Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad mempunyai seramai 151 anggota berdaftar. Fee masuk untuk menjadi anggota adalah RM 100.00 dan syer saham minima adalah RM 300.00 seorang.

 
 
 

Manfaat Keanggotaan:

 

1) Anak-anak anggota yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti SPM akan diberikan sejumlah wang tunai kepada anak dan ibu/bapa (anggota) bagi membantu mereka menyambung pelajaran ke universiti/kolej.

2) Setiap bulan Ramadhan koperasi akan memberikan sumbangan kurma kepada semua anggota.

3) Setiap bulan syawal (Hari Raya Aidilftri) koperasi akan memberikan sumbangan berbentuk barang-barang kepada anggota yang kurang berkemampuan.

4) Semasa wabak Covid juga koperasi telah membantu semua anggota dengan memberikan bantuan barang asas keperluan kepada semua anggota.