Kawasan Rehat dan Santai
Kawasan Rehat dan Santai ini terletak di kaki Gunung Pulai, Kulai Johor. Kawasan ini melibatkan kawasan restoran koperasi, pejabat koperasi, tandas, surau, tempat letak kenderaan dan bilik mesyuarat koperasi. Disini juga sering menjadi tapak bagi program-program(event) anjuran koperasi dan NGO. Antara program yang sering dijalankan ialah program gotong royong, pertandingan larian (Desa Lestari Trail Run), aktiviti senamrobik, zumba dan lain-lain.

Rehat & Santai
Disini juga sering menjadi tapak bagi program-program (event) anjuran koperasi dan NGO. Antara program yang sering dijalankan ialah program gotong royong, pertandingan larian (Desa Lestari Trail Run), aktiviti senamrobik, zumba dan lain-lain.
Restoran dan Katering
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad ada membuka sebuah restoran di kawasan ini. Restoran ini juga ada menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman bagi pengunjung ke Gunung Pulai. Antara menu yang menjadi tarikan pengunjung nasi ayam penyet dan asam pedas.

